Perak umum pembubaran DUN selepas Pahang, Perlis

0
20
Saarani Mohamad

CYBERJAYA – Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perlis, Perak hari ini mengumumkan pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Saarani pada Rabu lalu mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN namun perkara itu tidak diputuskan Tuanku Baginda.

Permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN iaitu 25 daripada Barisan Nasional, DAP (15), Amanah (5), Bersatu 4), Pas (3), PKR (3), PBM (3) dan Bebas (1).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here