Perdana Menteri tiba di Istana Negara  

0
13
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai ke arah media sebelum memasuki Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di pintu utama Istana Negara pada jam 3.49 petang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. 

Beliau yang hadir sambil diiringi polis pengiring dilihat melambai ke arah media sebelum memasuki Istana Negara. 

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang mengenai Ismail Sabri yang akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen esok, tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here