Petugas wad bersalin maut ditembak, suspek utama berjaya ditahan

0
7

Dallas, TEXAS – Dua petugas kesihatan Pusat Perubatan Methodist Dallas maut ditembak dalam satu kejadian serangan di pusat kesihatan itu.

Laporan NBC News yang memetik pegawai hospital berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan pada Sabtu (16:00 GMT).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguatkuasaan Undang-undang Texas (CLEAT) Charley Wilkison berkata di media sosial, suspek menembak mati dua jururawat wad bersalin.

“Insiden Kritikal @CLEAT ke-111, OIS (tembakan melibatkan pegawai) Hospital Dallas Methodist. Suspek menembak dua jururawat wad bersalin,” kata Wilkison.

Seorang pegawai polis hospital itu berjaya menembak suspek.

“Suspek telah ditahan, berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital tempatan yang lain,” lapor NBC memetik pegawai hospital Methodist pada Sabtu.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Nestor Hernandez, 30, difahamkan sedang menjalani hukuman parol setelah dipenjara akibat melakukan kesalahan rompakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here