PH paling banyak terima rasuah ‘tauke perniagan’ untuk menang PRU – Hadi Awang

0
17
Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyelar kepimpinan politik Pakatan Harapan (PH) sebagai bersikap talam dua muka dalam isu menentang rasuah.

Beliau berkata, walaupun PH begitu lantang menentang amalan rasuah, parti itu sebenarnya banyak bersekongkol dengan pemberi-pemberi rasuah yang mahu menyokong perjuangan parti itu.

“Golongan tauke dan pemberi rasuah ini ramai yang berkumpul dalam Pakatan Harapan (PH) bagi membantu kemenangan PH.

“Bagaimana PH boleh mengatakan kononnya mereka menghantar mesej yang jelas untuk menentang amalan rasuah, namun pada masa yang sama, mereka boleh pula menerima sumbangan si pemberi rasuah?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tidak cukup dengan itu katanya, ada banyak lagi ‘kemungkaran’ yang dilakukan oleh PH dengan agenda pemikiran liberalisme, sosialisme, hubungan sejenis, dan banyak lagi.

“PH seolah-olah melihat hanya semata-mata rasuah itu sahaja sebagai satu bentuk kemungkaran yang perlu dicegah, namun sebaliknya, membiarkan jenis-jenis kemungkaran yang lain membarah,” katanya.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) juga tidak bebas daripada pemimpin yang terpalit dengan pendakwaan salah laku termasuk rasuah.

“Inilah kekeruhan yang perlu kita jernihkan dan bersihkan terlebih dahulu, baik di peringkat atasan mahupun bawahan,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here