Pintu pagar, tembok hadapan kediaman MB Kedah dilempar cat

0
23

ALOR SETAR – Pihak polis sedang mengenal pasti suspek yang melempar cat ke bahagian pintu pagar dan tembok hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi daripada anggota yang bertugas di pos pengawal kediaman rasmi Menteri Besar.

“Anggota pos pengawal memaklumkan kejadian itu belum berlaku semasa dia datang bertugas pada pukul 7 pagi tadi. Jadi, kita percaya ia berlaku sebelum pukul 9.55 pagi kerana staf yang bertugas hanya menyedari kejadian sekitar waktu itu sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 10 pagi.

Ahmad Shukri berkata, siasatan awal pihaknya menemukan dua beg plastik berisi cat berwarna biru dan dua beg plastik berisi cat merah di sekitar kawasan kejadian, yang dipercayai ditinggalkan suspek.

Beliau menambah, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berdekatan lampu isyarat Pantai Johor dan Alor Merah berikutan tiada CCTV di sekitar kediaman berkenaan.

“Pihak forensik juga telah menjalankan siasatan… Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Ahmad Shukri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here