PKR umum calon baharu menjelang PRU15, anak Tuan Guru Nik Aziz jadi tumpuan

0
163
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media mengumumkan beberapa muka baharu yang bakal bertanding menjelang Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan beberapa muka baharu yang bakal bertanding menjelang Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, calon-calon tersebut terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan profesional, aktivis masyarskat, pakar perubatan, ilmuan agama, ahli koprat dan bermacam-macam lagi.

Yang menjadi tumpuan adalah anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz yang dikatakan bakal bertanding di negeri Perak.

Selain itu, calon-calon lain termasuklah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman; mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat; Bekas Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saiful Yazan Yusuf dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Nor Aishah Maidin Abd Aziz.

Calon tersebut masing-masing akan bertanding di negeri Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kata Anwar, tiada istilah monopoli dalam PKR sebaliknya beliau menegaskan parti tersebut adalah sebuah parti gerakan rakyat.

“PKR bukanlah sebuah parti politik biasa, parti ini adalah gerakan rakyat jadi tiada istilah monopoli dalam kalangan ketua parti yang mana kita sediakan ruang untuk yang lain juga turut serta dalam membina negara ini

“Kita ada banyak muka baharu dan ada 222 Parlimen saya rasa tidak munasabah jika kita tolak tokoh-tokoh istimewa ini yang mempunyai pelbagai idea untuk masa depan negara,”katanya dalam sidang media tersebut.

Tambah Anwar lagi, PKR dijadualkan akan mengumumkan senarai calon bagi kerusi Parlimen parti itu yang akan bertanding  bagi PRU15 pada Jumaat ini.

Turut hadir dalam sidang media yang sama, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, kini, pengundi-pengundi lebih mementingkan keupayaan dan muka baharu untuk mewakili sesebuah parti politik itu.

“PKR ambil maklum perkara tersebut dan putuskan untuk mengambil pendekatan dalam menampilkan lebih ramai calon baharu yang profesional dan mengurangkan ahli politik sepenuh masa dalam arena politik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here