PM ucap tahniah, Dr. Mohammed Azman terima pengiktirafan antarabangsa

0
14
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

KUALA LUMPUR- Malaysia menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dilantik sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) yang ke-17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan di Facebook, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Mohammed Azman atas lantikannya sebagai Presiden ISSA ke-17.

Katanya, pemilihan Dr. Mohammed sebagai Presiden ISSA itu amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia.

“Tahniah Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO atas pemilihan sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) ke-17, bagi tempoh 2023-2025.

“Pemilihan ini amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,”katanya.

Untuk rekod, Dr. Mohammed telah berkhidmat dengan Perkeso sejak 15 tahun yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here