PN hargai keputusan Pas perkukuh kerjasama – Muhyiddin

0
12
MUHYIDDIN

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) amat menghargai keputusan parti Pas untuk mengukuhkan kerjasama dengannya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu padu dalam meraih sokongan pengundi.

“Secara peribadi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh (Presiden PAS) Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan rakan-rakan pimpinan Pas yang terus istiqamah mempertahankan kerjasama dalam PN.

“Saya mendoakan semoga PN mendapat mandat rakyat dalam PRU15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Selain terus memperkukuhkan kerjasama dengan PN, Pas turut mengumumkan keputusan untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Keputusan itu diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here