Polis buru 2 lelaki buat tak senonoh dalam surau

0
38
Tangkap layar video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan membuat perkara tidak senonoh dalam surau.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan dua lelaki tempatan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah surau di Kuala Langat.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata pihaknya menerima laporan pihak surau berhubung kejadian itu semalam.

“Polis mengesan satu video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan membuat perkara yang tidak senonoh dalam surau.

“Pada 9.07 malam tadi, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun iaitu bilal surau mengatakan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua lelaki tempatan melakukan aksi terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.

Semalam, media melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan, berkata pihaknya juga sedang membuat siasatan berhubung penularan klip video itu.

Beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah berkenaan.

Menerusi video yang tular itu memaparkan seorang daripada mereka mula meraba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya serta turut mencium lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here