Polis gali semula kubur warga emas

0
43
Kerja penggalian kubur dilakukan Jabatan Forensik IPK Kedah sambil disaksikan wakil mahkamah dan ahli keluarga mangsa. – Foto Astro AWANI

ALOR SETAR – Kubur seorang wanita warga emas berusia 79 tahun digali semula selepas pihak polis menerima laporan daripada ahli keluarga yang mengesyaki terdapat unsur jenayah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kerja penggalian semula kubur mangsa di Tanah Perkuburan Serdang itu dilakukan semalam untuk mendapatkan bukti punca kematian.

Katanya, polis terpaksa menggali kubur mangsa selepas anak mangsa mengesyaki kematian ibunya berpunca akibat perbuatan jenayah

Kerja penggalian dilakukan Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sambil disaksikan wakil mahkamah dan ahli keluarga mangsa selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Kulim.

“Polis mengambil tindakan membuka semula kes yang pada mulanya disifatkan mati mengejut, kerana ada aduan daripada pihak keluarga yang tidak berpuas hati dengan permulaan siasatan itu.

“Dan, mungkin ada unsur-unsur lain, yang didakwa berlaku jenayah dan sebagainya. Jadi, kita buka kepada siasatan lanjut.

“Selepas bedah siasat, sekiranya terdapat elemen-elemen lain, ada unsur jenayah dan sebagainya, kita akan kita akan buka kertas siasatan yang bersabit kes berkenaan,” katanya.

Menurut Wan Hassan, ahli keluarga mendakwa
barang kemas mangsa iaitu gelang tangan dan cincin, serta telefon bimbit mangsa didapati hilang ketika mayat mangsa ditemukan.

Selain itu, anak manga turut mendakwa melihat kesan tompokan darah pada cadar serta kain lampin dipakai mangsa selepas membuat pemeriksaan lanjut.

“Polis akan bertindak mengikut prosedur dan siasatan akan dijalankan secara rapi bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here