Politik dinasti kini liabiliti PH

0
14

KUALA LUMPUR – Politik dinasti yang dipelopori oleh PKR dan DAP kini semakin menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH).

Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, dengan menampilkan calon yang sama dan anak beranak membuatkan rakyat dan anak muda melihat bahawa orang politik hanya ingin menjaga kepentingan peribadi dan keluarga.

“Tidak adakah orang lain dalam kalangan ahli parti yang berwibawa menjadi calon parti masing-masing? Ini tidak, hanya menguatamakan isteri, anak dan adik beradik sebagai calon.

“Rakyat dan anak muda akan menjadikan ini sebagai isu nepotism yang besar di mana mereka sendiri dapat menilai mana parti yang lebih membawa suara rakyat dan mengutamakan kualiti pemimpin,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dari kanan) bersembang bersama Maszlee Malik (dari kiri) dan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) ketika pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ, Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, katanya, selepas lebih 30 tahun politik negara terperangkap dengan perebutan kuasa di antara dua figura iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tiba masanya anak muda menolak mereka.

“Tiba masa rakyat dan anak muda kini keluar dari kepompong ini dan berikan sinar baru politik negara untuk diwarnai oleh pemimpin-pemimpin muda lainnya.

“Selain itu, saya melihat DAP juga parti yang menjadi liabiliti buat sekutu mereka kerana kesilapan dan kegopohan pemimpin mereka semasa memerintah negara selama 22 bulan lalu.

“Kenyataan dan keputusan-keputusan bodoh yang dibuat antaranya memberikan E-wallet RM30 kepada rakyat, membawa pulang abu Chin Peng, kes ratifikasi Icerd dan Statue Rom tanpa dibawa ke Parlimen, perhimpunan bekas-bekas komunis, kenyataan berbaur perkauman dan tidak menjaga kebajikan peniaga-peniaga Cina. Ini akan menjadi punca pengundi cina tidak akan berikan peluang kepada PH untuk berkuasa,” katanya.

Katanya, sekiranya Barisan Nasional (BN) terus membuat rejuvenisasi parti dengan berani sekali lagi menampilkan muka-muka baru dan muda sepertimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, rakyat akan pasti memberikan peluang untuk BN kembali menerajui negara.

Pada masa sama, katanya, dengan pembentangan belanjawan 2023 negara yang memberikan keyakinan kepada rakyat dengan meliputi keseluruhan aspek dalam membawa negara ke arah kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here