Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia labuhkan tirai, erat hubungan sesama kaum

0
7
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahamad Shah di sini, hari ini.

KUANTAN – Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dilihat telah mencapai objektifnya selepas melabuhkan tirai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Ismail Sabri dalam satu kenyataan di Facebook berkata, program yang diadakan di SASICC itu merupakan adalah lokasi terakhir JAKM sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Katanya, beliau sering menggunakan peluang dan ruang program JAKM untuk bertemu sendiri dengan ‘mak, ayah, abang, kakak, adik, anak, cucu’ seluruh Keluarga Malaysia.

“Dari utara hingga ke selatan, timur ke barat, semenanjung ke Sabah dan Sarawak, malah dari bandar hingga luar bandar.

“JAKM bukan sahaja mempertemukan pelbagai bangsa tetapi terdapat juga program-program rakyat seperti kenduri rakyat, Jualan Murah Keluarga Malaysia, pameran agensi Kerajaan dan lain-lain,” katanya.

Tambah Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang menghadiri siri-siri JAKM seluruh Malaysia dan mengatakan tiada yang lebih penting selain menjaga kepentingan Keluarga Malaysia.

“Terima kasih kepada jutaan Keluarga Malaysia yang hadir dalam siri-siri JAKM di seluruh negara.

“Umpama bidalan ‘kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal’. Tiada yang lebih penting selain menjaga kepentingan keluarga dan keluarga yang sentiasa diikat dengan kasih sayang akan andal menghadapi apa juga cabaran,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here