Program perkhemahan Brainy Bunch berjaya capai matlamat

0
7

CYBERJAYA – Kira-kira 170 pelajar tadika Brainy Bunch memperoleh pengalaman berbeza menerusi Program Berkhemah di padang besar Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di sini.

Menurut Pengurus Bahagian Tadika Brainy Bunch, Norbaizura Pahang, program yang berlangsung sejak semalam tersebut berjaya mencapai sasarannya iaitu mendedahkan kanak-kanak itu kepada cabaran tinggal berjauhan dari ibu bapa, dan pengalaman survival.

“Selesai sahaja program tengah hari tadi, kita banyak terima maklum balas positif dari ibu bapa.

“Mereka berkata, anak-anak mereka tidak berhenti bercakap mengenai pengalaman yang mereka lalui,” kata Norbaizura.

Selain berkhemah, para peserta turut didedahkan dengan ilmu baharu seperti bantuan kecemasan dan juga ilmu survival.

“Kita turut adakan aktiviti lain bagi mengisi masa lapang mereka.

“Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan mendedahkan mereka dengan nilai positif antaranya kepentingan adanya kerjasama di antara sesama sendiri,” jelas Norbaizura.

Kata Norbaizura lagi, lebih 95 peratus daripada peserta program berkenaan terdiri daripada kanak-kanak di Lembah Klang.

“Pada kali ini, kita turut dibantu oleh kira-kira 90 kakitangan Brainy Bunch yang terdiri daripada para guru dan fasilitator,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here