Projek rintis pelabelan menu makanan di Putrajaya

0
6
KHAIRY JAMALUDDIN

PUTRAJAYA – Satu projek rintis pelabelan menu makanan yang memaparkan kandungan kalori akan dimulakan pada tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, projek itu akan melibatkan kafeteria dan restoren di Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Buat masa ini, katanya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenalpasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dalam projek ini.

“Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan, di sini hari ini.

Kata Khairy Jamaluddin lagi, segala persediaan termasuk maklumat pemakanan akan disediakan KKM bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran.

“(Berikutan itu) Mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual,” katanya.

Tambahnya, projek rintis yang dijadual berjalan sekitar enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan putuskan untuk diwajibkan atau sebaliknya.

“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here