PRu-15 : Pemuda UMNO selar sebaran semula gambar banjir 2014

0
12
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

CYBERJAYA – Pemuda UMNO menyelar tindakan sesetengak pihak yang cuba menyemai kebencian kepada rakyat dengan mengaitkan bencana banjir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyebaran gambar banjir yang berlaku pada tahun 2014 ditularkan semula untuk mengaitkan UMNO dengan pelaksaan PRU-15.

Beliau berkata, rakyat negara ini sewajarnya berdoa kepada Allag semoga dijauhi daripada musibah banjir bukannya menghangatkan keadaan dan menakutkan khalayak ramai dengan bencana itu.

“Jika ditakdirkan musibah melanda sekalipun (wana’uzubillah), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa di bawah peruntukan Perlembagaan dan Akta untuk menangguhkan proses pengundian di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh sahaja mengisytiharkan Darurat Bencana jika musibah teruk melanda,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah beliau, penganjuran pilihan raya akan mengambil kira pelbagai aspek khususnya yang membabitkan keselamatan orang awam.

Justeru katanya, sebarang spekulasi terhadap usaha itu adalah bermotifkan politik.

“Lagipun yang berkempen bukannya BOMBA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kakitangan hospital sebaliknya jentera parti.

“Kerajaan masih berfungsi seperti biasa walaupun telah dibubarkan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here