PRU-15: PKR umum 72 nama calon kerusi Parlimen

0
297
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersembang bersama Maszlee Malik dan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. MALAKAT TRIBUNE/MIM FADLIZAL ROZAIMAN

AMPANG – PKR malam tadi mengumumkan 72 calon yang akan bertanding mewakaili parti itu di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) 19 November ini.

Jumlah berkenaan tidak termasuk calon dari Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan diumumkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Pengumuman calon itu dibuat pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas, di sini yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar disahkan akan bertanding di Tambun manakala timbalannya, Rafizi Ramli kembali ke pentas politik dengan percaturan di Parlimen Pandan.

Beliau akan menggantikan penyandang kerusi Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Rafizi pada pilihan raya lalu mengumumkan tidak bertanding selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan selepas bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat.

Selain itu, anak bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar diletakkan di Parlimen Pasir Salak, sementara Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari bertanding di Parlimen Gombak dan Rodziah Ismail di Ampang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli pula bakal merebut Hang Tuah Jaya selain Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Siddiq di Nibong Tebal dengan Pengerusi Save-Kelantan, Datuk Husam Musa pula di Pasir Mas.

Antara penyandang kerusi Parlimen yang terus diberi kepercayaan ialah Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan Nurul Izzah di Permatang Pauh

Pada majlis sama, kesemua calon bersetuju menandatangani borang Aku Janji yang melibatkan pemulangan wang deposit pencalonan, pemotongan elaun sekiranya menang menjadi wakil rakyat selain bersetuju untuk isytihar harta.

Senarai calon PKR adalah seperti berikut

Johor P140 Segamat – Yuneswaran Ramaraj
Johor P141 Sekijang – Dr Zaliha Mustapha
Johor P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman
Johor P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh
Johor P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar
Johor P151 Simpang Renggam – Maszlee Malek
Johor P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain
Johor P158 Tebrau – Jimmy Puah
Johor P159 Pasir Gudang – Hassan Karim
Johor P160 Johor Bahru – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Johor P164 Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim
Melaka P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai
Melaka P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd Halim
Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Ustaz Noor Azman
Negeri Sembilan P131 Rembau – Jufitri Joha
Negeri Sembilan P132 Port Dickson – Aminuddin Harun
Selangor P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop
Selangor P094 Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan
Selangor P097 Selayang – William Leong
Selangor P098 Gombak – Amirudin Shari
Selangor P099 Ampang – Rodziah Ismail
Selangor P100 Pandan – Rafizi Ramli
Selangor P104 Subang – Wong Chen
Selangor P105 Petaling Jaya – Lee Chean Chung
Selangor P107 Sungai Buloh – Ramanan Ramakrishnan
Selangor P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul Hamid
Selangor P112 Kuala Langat – G Manivannan
Wilayah Persekutuan P115 Batu – P Prabakaran
Wilayah Persekutuan P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan
Wilayah Persekutuan P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad
Wilayah Persekutuan P121 Lembah Pantai – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Wilayah Persekutuan P124 Bandar Tun Razak – Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wilayah Persekutuan P125 Putrajaya – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz
Perak P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd Rosli
Perak P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail
Perak P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim
Perak P063 Tambun – Anwar Ibrahim
Perak P071 Gopeng – Tan Kar Hing
Perak P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz
Perak P075 Bagan Datuk – Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin
Perak P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang
Pulau Pinang P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar
Pulau Pinang P047 Nibong Tebal – Fadhlina Sidek
Pulau Pinang P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin
Pulau Pinang P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik
Kedah P005 Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd Ali
Kedah P006 Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin
Kedah P009 Alor Setar – Simon Ooi
Kedah P010 Kuala Kedah – Azman Ismail
Kedah P011 Pendang – Zulkifly Mohamad
Kedah P014 Merbok – Nor Azrina Surip
Kedah P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari
Kedah P017 Padang Serai – M Karupaiya
Kedah P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail
Perlis P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie
Perlis P002 Kangar – Noor Amin Ahmad
Kelantan P022 Pasir Mas – Husam Musa
Kelantan P025 Bachok – Nor Azmiza Mamat
Kelantan P026 Ketereh – Rahimi L Muhamud
Kelantan P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor
Kelantan P029 Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir
Kelantan P032 Gua Musang – Asharun Uji
Terengganu P034 Setiu – Mohamad Ngah
Terengganu P038 Hulu Terengganu – Alias Ismail
Terengganu P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad
Terengganu P040 Kemaman – Hasuni Sudin
Pahang P081 Jerantut – Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Pahang P082 Indera Mahkota – Zuraidi Ismail
Pahang P083 Kuantan – Fuziah Salleh
Pahang P085 Pekan – Mohd Naim Zainal Abidin
Pahang P090 Bera – Abas Awang
Pahang P091 Rompin – Erman Shah Jaios

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here