PRU15: Aminuddin Harun ganti Anwar bagi Parlimen Port Dickson 

0
15
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau mahu memberi Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan untuk PRU-15 kali ini.

“Dia (Aminuddin) orang sini, buat kerja baik, banyak bantu saya, orang Kampung Pachitan, Chuah dan dia calon sesuai untuk ganti saya di sini.

“Saya amat yakin dia akan jaga Port Dickson dengan baik kerana dia anak tempatan dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui,” katanya dalam program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Dataran Segar di sini, malam tadi.

Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk Port Dickson yang menerimanya dengan baik sepanjang menjadi Ahli Parlimen Port Dickson dan yakin PH mampu mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan.

Kelmarin, Anwar mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak.

Untuk rekod, Anwar yang juga Pengerusi PH memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihanraya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here