PRU15: Bajet 2023 ditawarkan BN lebih ampuh dari manifesto bukan ‘Kitab Suci’

0
32
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz menyerahkan buku Bajet 2023 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

MANIFESTO dan pilihan raya umum (PRU) sememangnya berpisah tiada. Setiap kali menjelang mana-mana pilihan raya umum semua parti parti politik akan membentangkan manifesto masing-masing untuk menarik perhatian pengundi untuk mengundi mereka.

Pastinya paling tidak dapat dilupakan adalah dalam PRU lalu apabila pembangkang ketika itu menabur pelbagai janji manis dalam manifesto mereka. Janji tol dimansuhkan, menangguhkan bayaran hutang PTPTN, penyelesaian hutang Felda dan banyak lagi antara janji-janji manis yang telah berjaya mengalihkan jumlah sokongan terutamanya di atas pagar kepada mereka.

Tetapi selepas berjaya mengambil alih kerajaan ternyata segala janji populis dalam manisfeto gagal ditepati. Atas sebab itu lah, terpacul dari mulut Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebelum ini, “manifesto ini bukan kitab suci yang wajib dipatuhi”. Sebab mereka sendiri sedar yang mereka tidak mampu untuk mengotakan setiap janji manis dalam manifesto mereka.

Namun, berbeza kali ini, Barisan Nasional (BN) mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengetengahkan Bajet yang dibentangkan beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen sebagai alternatif kepada manifesto.

Persoalan yang pasti tertanya-tanya oleh rakyat ialah apa beza antara Bajet dan manifesto. Dalam bahasa mudah manifesto adalah sekadar janji sahaja, mereka akan menabur seribu satu kemanisan dan keindahan dengan niat hanya untuk menarik undi tanpa pernah sesekali pun menilai apakah kapasiti kewangan negara.

Sebagai contoh dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang lalu, mereka sekadar kata akan hapuskan tol, tetapi tidak pernah tunjuk cara hapuskan tol. Buktinya, penulis buku manifesto PH ketika itu, Wan Saiful Wan Jan dalam satu video yang tular turut mempersoalkan bagaimana tol hendak dihapuskan tanpa membuat ‘due diligence’ atau pemeriksaan yang teliti dengan pemain industri sebelum ia dihapuskan. Namun cadangannya itu ditolak mentah-mentah.

Berbeza dengan Bajet 2023, bajet sesebuah negara sudah pasti akan menilai dahulu kapasiti sesebuah negara. Malah untuk Bajet 2023, bajet tersebut telah diaudit oleh firma audit terkemuka seperti PwC, KPMG dan Ernst & Young.

Dan ketiga ketiga firma tersebut memuji keampuhan Bajet 2023 yang di mana merupakan satu mekanisme terbaik untuk menghadapi kegawatan.Antara dasar dan polisi dalam Bajet 2023 untuk menghadapi kegawatan adalah seperti mengoptimumkan tenaga kerja Malaysia seperti menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penganggur, wanita dan OKU.

Bajet 2023 juga lebih menarik sebab bajet pada kali ini mencakupi pelbagai kelas rakyat demi menandakan Ismail Sabri sangat pro rakyat. Antara bantuan yang akan diberikan:

a. Penurunan cukai pendapatan sebanyak 2%.

b. Inisiatif e-pemula sebanyak RM100 akan dikreditkan ke ewallet M40 jika gaji bulanan mereka bawah paras RM10,000

c. RM 826 juta diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 tanpa mengira had pendapatan.

d. Pengecualian bayaran balik PTPTN tanpa mengira kelas pendapatan. (Sebelum ini untuk B40 sahaja)

Lebih penting dan istimewanya pada PRU kali ini, rakyat ada kuasa untuk mengundi bajet tahunan. Kalau selama ini, hanya ahli Parlimen sahaja ada kuasa untuk mengundi bajet tahunan. Pada kali ini tidak, satu undi untuk kerajaan, adalah satu undi untuk Bajet 2023.

Malah, Ismail Sabri turut memberi jaminan akan melaksanakan segala perkara yang digariskan dalam Bajet 2023 sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir kerajaan semula.

Buat pengundi di luar sana, ya benar, undi itu adalah hak masing-masing, tapi yang kita perlu sedar, setiap undi itu memberi kesan kepada orang lain juga.

Bajet 2023 sudah terbukti terbaik untuk mendepani cabaran ekonomi mendatang. Jangan buang undi anda semata ditaburi janji palsu. Pilihan terbaik sudah di depan mata, apa tunggu lagi? Undilah kerajaan agar Bajet 2023 dapat terlaksana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here