PRU15: Bersatu tolak kerjasama PH – Muhyiddin

0
11
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Bersatu juga mengambil maklum keputusan Majlis Presiden PH untuk tidak mengadakan kerjasama bersama parti itu.

“Berhubung laporan mengenai kerjasama Bersatu dan PH, Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU-15.

“Bersatu akan menumpukan kepada usaha untuk memperkukuh Perikatan Nasional (PN) bersama Pas, Gerakan, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata, selaras demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru pada PRU-15 membabitkan PN, Barisan Nasional (BN), PH dan parti politik lain yang bertanding.

Kelmarin Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pengkhianat bagi menghadapi PRU15.

Namun katanya keputusan itu tertakluk kepada Majlis Presiden PH sekiranya terdapat perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here