PRU15: BN angkat ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’ sebagai tema manifesto

0
15

KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat malam tadi mengangkat ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’ sebagai tema manifesto perikatan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berkata, komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan dan menyeluruh.

“Mesyuarat turut mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi PRU15 di peringkat Parlimen dan DUN komponen.

“(Pada masa yang sama) Dewan Tertinggi mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian (supaya) menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRU15,” kata Zambry dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Mesyuarat yang diadakan di Menara UMNO, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Presiden-Presiden Parti Komponen dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, kata Zambry lagi, perundingan pembahagian kerusi di antara parti komponen dan Friends of DB akan dimuktamadkan.

“Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai nilai Winnable, Acceptable & Likeable (WALI) dan berazam untuk mencapai 30 peratus calon wanita,” kata Zambry lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here