PRU15: BN perlu menang besar untuk elak ketidakstabilan – PM

0
10
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional (BN) perlu menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya menjadi dominan di Putrajaya, sekali gus membolehkan keputusan penting dapat dilaksanakan dengan mudah. 

Beliau berkata kemenangan BN ditambah dengan kerjasama rakan-rakan parti dari Sabah dan Sarawak juga, dapat menghilangkan ‘rasa tidak stabil’ selain tidak lagi perlu mengharap ihsan pihak lain. 

“Ketika ini walaupun saya Perdana Menteri, namun BN dalam kerajaan hanya menyumbang 42 kerusi, tak banyak… betul mereka (pembangkang) setuju dengan saya sebagai Perdana Menteri, namun kita rasa tak kuat. Tumbang atau tidak kerajaan, kalau ada lima yang tarik (sokongan) boleh tumbang. Sentiasa rasa tak stabil. 

“Pembangkang sudah tandatangan perjanjian memorandum persefahaman, tetapi jika mereka tidak sokong dalam Parlimen semasa mengundi juga, kita tak boleh menang. Kita ini mengharapkan undi dia. Jadi yang terbaik ialah jangan mengharap orang tetapi kita sendiri yang menentukan hala tuju negara,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Terdahulu Naib Presiden UMNO itu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here