PRU15: Calon DAP diumum berperingkat mulai minggu depan

0
5

SEREMBAN – Parti DAP akan mengumumkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di setiap negeri secara berperingkat bermula minggu depan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, setakat ini senarai akhir calon tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Negeri-negeri telah menghantar cadangan mereka, kami akan membincangkan dan memuktamadkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Seremban, di sini hari ini.

Loke yang juga penyandang kerusi Parlimen Seremban berkata, beliau optimis dapat mempertahankan kerusi tersebut berdasarkan pengalaman lebih 18 tahun berkhidmat di kawasan tersebut.

“Saya telah lama berkhidmat di Parlimen Seremban iaitu dua penggal, sebelum itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak selama dua penggal, jadi pengalaman saya lebih 18 tahun pengalaman politik saya di Seremban,” katanya.

Pada PRU14 yang lalu, Loke memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 30,694 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here