PRU15: GTA masih berunding dengan PN, umum lapan calon bertanding hari ini 

0
28
Pengerusi Penaja Gerakan Yanah Air (GTA) Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Penaja Gerakan Yanah Air (GTA) Tun Dr. Mahathir Mohamad  hari ini mengumumkan rundingan bersama parti Perikatan Nasional (PN) masih dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November ini.

Menurut Dr.Mahathir, rundingan tersebut diadakan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan antara calon Pejuang Tanah air (Pejuang) dan calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan-kawasan tertentu.    

“Saya terpaksa menjelaskan di sini rundingan dengan PN masih berjalan kerana ada masalah yang belum diselesaikan.

“Kita bersetuju untuk mengadakan apa jenis rundingan supaya tiada pertindihan antara calon Pejuang dan PN,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir turut mengumumkan lapan calon dari Parti Pejuang untuk bertanding pada PRU15 akan datang. 

Katanya, GTA juga telah menetapkan beberapa calon yang sudah dipilih untuk bertanding di beberapa kawasan antaranya beliau sendiri yang bakal bertanding di Parlimen Langkawi.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga turut diumumkan akan bertanding di Parlimen Jerlun. 

Calon-calon lain termasuklah Datuk Seri Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Datin Paduka Che Asmah (Sepang), Mior Haidir Suhaimi (Tapah), Harumaini Omar (Hulu Selangor), Mohd Shaid Rosli (Kuala Selangor) dan Datuk Seri Khairuddin (Titiwangsa).

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, GTA mungkin akan bertanding lebih daripada 120 kerusi sekiranya memutuskan untuk bertanding di Sabah dan Johor. 

“Kita telah kenal pasti kawasan-kawasan yang kita bertanding kecuali bagi Johor dan Sabah dan kalau kita bertanding di dua buah negeri ini kita akan bertanding di lebih 120 kerusi,” katanya lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here