PRU15: GTA pertimbang kerjasama dengan PN

0
14
Dr. Mahathir Mohamed

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan Gerakan Tanah Air (GTA) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Laporan Malaysia Gazette menyebut Pengerusi Penaja GTA itu sebagai berkata, pertimbangan itu akan dibuat sekiranya prinsip PN adalah sama dengan gabungan baharu itu.

“Itu kita nak timbang (kerjasama dengan PN) kalau mereka sependapat dengan kita dan tak terlibat dengan dasar dan prinsip.

“Mungkin akan ada kerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini petang tadi.

Dr. Mahathir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pihaknya akan meneliti keputusan kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, musuh utama gabungan parti politik tersebut adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita bermusuh dengan UMNO kerana kalau menang akan rosak habis negara kita,” dakwanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sekiranya GTA bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) gabungan parti itu akan kehilangan undi orang Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here