PRU15: MIC kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen  

0
19
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

KUALA LUMPUR – MIC bakal bertanding di kesemua kerusi tradisinya iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang selepas pembubaran Parlimen diumumkan hari ini. 

Menurut Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, MIC bakal bertanding di sembilan kerusi yang pernah dipertandingkan sebelum ini, namun keputusan untuk menambah bilangan kerusi masih lagi dalam perbincangan dan belum diputuskan. 

“Kerusi tambahan bagi MIC untuk PRU15 masih dalam peringkat perbincangan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini

Tambah Vigneswaran, MIC telah melakukan persedian sejak beberapa bulan lepas dan mengharapakan rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan yang mempunyai kestabilan politik. 

“Yang perlu dibuat sekarang adalah memberi mandat kepada rakyat. MIC telah bersedia sejak beberapa bulan lepas Kita telah lihat beberapa pertukaran kerajaan sebelum ini.

“Apa yang paling penting adalah untuk memilih parti politik yang stabil, jujur dan kerajaan yang menjadikan manifesto itu bukan sebagai pilihan,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri,” katanya lagi.

Yang hadir dalam majlis yang sama, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan. 

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata, MIC adalah rakan startegik kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menghadapi PRU-15 dan masyarakat India perlu memberi mandat kepada MIC semula. 

“Pilihan raya ini amat penting untuk masyarakat India dan hari ini kita lihat hubungan antara BN dan UMNO dengan MIC begitu erat. 

“Tidak pernah apabila MIC bentangkan manifesto, Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) terus terima. Ini membuktikan sokongan mereka kepada MIC,” ujarnya lagi. 

Tambah beliau lagi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menjadikan alasan mereka memerintah selama 22 bulan sebagai alasan untuk tidak mentadbir kerajaan dengan bagus. 

“Di Selangor dan Pulau Pinang, Isu-isu seperti tanah, rumah ibadat dan perumahan masih dikawal selia oleh kerajaan negeri. 

“Adakah masyarakat India di Selangor dan Pulau Pinang begitu selesa? Sudahkah mereka menghapuskan kemiskinan? Tiada lagikah isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat India? Jangan bagi alasan 22 bulan,”ujarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here