PRU15: Pas tolak Anwar Ibrahim jadi calon PM 

0
28
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dokumen Lelaki Qawwam di sini, hari ini

PUTRAJAYA – Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menyatakan pendiriannya menolak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Kata Idris, pendirian tersebut sejajar dengan parti Pas untuk tidak menyokong Anwar yang mewakili blok pembangkang untuk dijadikan perdana menteri. 

“Mana ada setuju, dia pembangkang saya parti lain dia parti lain, tidak sokong,” katanya kepada pemberita,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dokumen Lelaki Qawwam di sini, hari ini. 

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bergambar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dokumen Lelaki Qawwam di sini, hari ini. Kredit foto- Najmi Zulkefle

Sementara itu, ditanya adakah Pas sudah memuktamadkan calon bagi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15,  beliau berkata, sudah hampir dimuktamadkan. 

“Senarai calon hampir tamat dan calon pula campur,  terdiri daripada golongan muda, ulama, aktivis masyarakat dan golongan profesional. 

“Sebenarnya Pas kurang berminat menonjolkan wanita sebagai calon kerana mereka berhadapan pelbagai kekangan dan masalah,”katanya. 

Mengulas lanjut, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), mengingatkan semua calon yang bertanding untuk tidak menabur janji-janji yang tidak realistik semasa berkempen. 

“Pertamanya saya harapkan semua calon-calon yang bertanding ada etikanya jangan ada unsur-unsur merekayasa benda yang tidak ada kita adakan semata-mata untuk kita mengejar populariti 

“Yang kedua adalah biarlah janji-janji yang dijanjikan itu realistik dan dapat dicapai. Selain itu, patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),” ujarnya lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here