PRU15: Pejuang sedia kerjasama dengan parti lain kecuali UMNO

0
17
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Negara di sini, hari ini. – Kredit foto: Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA- Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir menyatakan keterbukaan parti berkenaan untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Katanya, beliau sedia berbincang dengan mana-mana parti yang mempunyai perjuangan yang sama dengan Pejuang iaitu menolak UMNO.

“Kita bersetuju untuk memikir tentang kemungkinan bekerjasama dengan parti-parti yang ‘sebulu’ dengan kita.

“Kalau mereka ingin selamatkan negara kita ini daripada pemerintahan UMNO kerana kita dapati UMNO adalah sebuah parti yang tidak mengambil berat masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya adakah beliau sudi menjalinkan kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, soalan berkenaan perlu diberikan kepada Anwar.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here