PRU15: Radzi Jidin diumum calon PN di Putrajaya

0
36
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin beramah mesra sempena Program Jelajah Prihatan Parlimen di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 di sini, malam ini. Kredit: MIM FADLIZAL ROZAIMAN.

PUTRAJAYA – Teka-teki siapakah yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Putrajaya akhirnya terjawab selepas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin diumumkan akan bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah sempena Program Jelajah Prihatin Parlimen di sini, malam ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu dijangka bertembung denan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here