PRU15: SPR buka permohonan undi pos

0
12
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah membuka permohonan undi pos bagi pengundi di dalam dan luar negara bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya.

“SPR juga ingin memaklumkan satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting PRU15 dengan turut mengambil kira pelaksanaan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya di Sabah akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan, siang tadi.

Beliau menambah, permohonan undi pos bagi petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media perlu dibuat secara manual dengan memuat turun Borang 1A di https://www.spr.gov.my dan menghantarnya ke pejabat pegawai pengurus pilihan raya di kawasan masing-masing.

Warganegara Malaysia yang berada di luar negara pula boleh memohon secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my/login.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here