Radzi Jidin ucap tahniah, sekolah baharu bakal dibina di Cyberjaya 

0
29
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin.

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin, mengucapkan tahniah kepada penduduk Cyberjaya yang bakal menerima sekolah baharu tidak lama lagi.

Menurut Radzi, beliau telah melawat Sekolah Kebangsaan Cyberjaya untuk meninjau pengoperasian sekolah tersebut sewaktu pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu dan mendapati jumlah murid di sekolah berkenaan semakin padat.

“Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 2,418 murid dan merupakan sebuah sekolah yang padat.

“Kita ikhtiarkan agar sebuah sekolah baharu dapat dibina di kawasan ini untuk kemudahan ibu bapa dan anak-anak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya untuk meninjau pengoperasian sekolah tersebut sewaktu pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu.

“Hari ini diumumkan bahawa sebuah sekolah rendah baharu akan dibina di Cyberjaya. Tahniah kepada penduduk Cyberjaya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mengumumkan peruntukan sebanyak RM430 bagi pembinaan lima buah sekolah baharu dalam Belanjawan 2023 hari ini.

Katanya, bagi memenuhi keperluan penduduk setempat, kerajaan pada tahun 2023 akan mula membina lima buah sekolah baharu lmelibatkan SMK Nabalu Sabah, SMK Dudong Sarawak, SK Paya Dusun Terengganu, SK Cyberjaya 2 dan SMK Denai Alam Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here