‘Saya belum nyanyuk, boleh bertanding lagi’ – Dr. Mahathir

0
21
Dr. Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa dirinya sudah ‘nyanyuk’ dan tidak lagi mampu bertanding dalam pilihan raya.

“Saya ini nampak nyanyuk ke? Saya boleh tak jawab soalan ‘you’? (pemberita). Iyalah memang kebiasaannya orang umur 97 tahun ini sudah nyanyuk,” katanya semasa sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mempengerusikan mesyuarat Gerakan Tanah Air (GTA), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai komen orang ramai terutamanya netizen yang mempersoalkan keputusannya mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Minggu lalu, Dr. Mahathir mengumumkan beliau menjadi calon GTA bertanding di Langkawi menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga pengerusi penaja GTA akan mengumumkan senarai calon gabungan itu pada minggu depan.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat sebelum hari penamaan calon.

Dalam pada itu, Mahathir berkata pihaknya masih dalam proses akhir untuk memuktamadkan jumlah kerusi akan ditandingi gabungan itu.

“Kita belum buat keputusan lagi, sudah dibincangkan tapi belum dimuktamadkan. Kemudian (jumlah kerusi) kita akan beritahu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here