Sebanyak 8,670 unit lot Perumahan Generasi Baharu FELDA bakal dibangunkan – PM

0
7
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba pada program Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Dewan Orang Ramai Felda Mayam hari ini. — Kredit foto BERNAMA

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 8,670 unit lot Perumahan Generasi Baharu FELDA termasuk di daerah ini telah dikenal pasti untuk dibangunkan dalam masa terdekat ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap projek tersebut dapat disegerakan demi manfaat generasi baharu FELDA.

Selain itu, katanya, Skim Jaminan Kredit Perumahan juga diharap dapat membantu generasi baharu FELDA untuk mendapat jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman perumahan.

“Saya turut meminta FELDA mengurangkan birokrasi dan menyegerakan permohonan Tabung Usahawan Belia FELDA, yang diperuntukkan dana pusingan sebanyak RM10 juta kepada generasi kedua,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, bertemu warga FELDA ketika Hari Peneroka, dan semalam bertemu semula sempena Majlis Himpunan Keluarga FELDA Teguh Bersama di FELDA Mayam, Bera.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga sentiasa komited membantu membangunkan FELDA dan terdapat banyak insentif yang diberikan kepada warga FELDA.

Malah katanya, dalam Bajet 2023, Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM800 diperluaskan kepada peneroka FELDA di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here