Spekulasi pembubaran Parlimen: PM dijangka umum secara langsung pukul 3 petang ini?

0
17

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat perutusan khas pada jam 3 petang hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran yang dibuat oleh beliau melalui laman sosial miliknya sebentar tadi.

Pengumuman perutusan khas itu menguatkan lagi spekulasi pembubaran Parlimen akan dibuat pada petang ini juga.

Semalam media melaporkan Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Majlis menghadap itu dilaporkan diadakan sehari sebelum Seri Paduka mengadakan lawatan khas ke London selama enam hari bermula hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno juga dilaporkan akan bermesyuarat malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here