Stadium Kanjuruhan dirobohkan, akan diganti dengan stadium baharu

0
4
Dalam kejadian itu, lebih 130 penyokong bola sepak maut akibat rempuhan dan sesak nafas.

JAKARTA – Kerajaan Indonesia akan merobohkan Stadium Kanjuruhan di Malang, lokasi di mana berlakunya insiden rempuhan yang mengorbankan lebih 130 peminat bola sepak pada 1 Okt lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo pada satu sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Presdien Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Istana Negara, semalam.

“Kita akan robohkan Stadium Kanjuruhan, dan bina sebuah stadium baharu yang menepati piawaian FIFA,” katanya yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Dalam pertemuannya dengan Infantino, Jokowi berkata, beliau bersetuju bahawa pengurusan bola sepak di Indonesia perlukan perubahan.

“Kami telah bersetuju untuk melakukan transformasi terhadap bola sepak Indonesia.

“Kesemuanya… perlu menepati standard dan piawai FIFA,” kata Jokowi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here