Sultan Selangor berkenan pentadbiran negeri diteruskan – Amirudin

0
27
AMIRUDIN

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan supaya pentadbiran kerajaan Selangor tidak dibubarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Tuanku berkenan pentadbiran negeri diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

“Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pengumumannya, Ismail Sabri turut menggesa kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, susulan pembubaran Parlimen, kecuali DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here