Suspek serangan pusat jagaan ditemukan maut

0
31

BANGKOK – Suspek utama kejadian serangan di sebuah pusat jagaan harian yang membunuh 23 kanak-kanak di Na Klang hari ini, dilaporkan maut.

Polis Thailand menyebut, suspek yang dikenal pasti sebagai Panya Kamlarb merupakan bekas anggota polis yang dipecat akibat kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

“Suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah.

“Dia kemudiannya dipercayai membunuh anak dan isterinya sebelum membunuh diri,” kata Timbalan Komander Polis Wilayah 4, Mejar Jeneral Paisal Luesomboon kepada rangkaian televisyen Thai PBS World, hari ini.

Dalam kejadian serangan pada pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, sekurang-kurangnya 35 dilaporkan terbunuh dengan 23 mangsa maut merupakan kanak-kanak.

12 lagi individu dilaporkan mengalami kecederaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here