The Pocket Rocketman bersama lebih 500 peserta meriahkan acara Gardenia Breakthru Funwalk

0
37
Peserta acara Gardenia Breakthru Funwalk memeriahkan acara Hari Sukan Negara walaupun dalam keadaan hujan.

KUALA LUMPUR – Acara Gardenia Breakthru Funwalk yang dianjurkan oleh syarikat roti terkenal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sempena Hari Sukan Negara meriah dengan penyertaan lebih 500 peserta.

Acara larian itu yang belangsung di Taman Rimba Kiara di sini semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba berbasikal sensasi negara yang juga merupakan duta jenama Gardenia Breakthru, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang.

Menurut Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas, acara Fun Walk itu yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Mohd Azhari Mohammad telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di seluruh Semenanjung.

“Hari Sukan Negara merupakan salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tapi tahun ini feel dia special sikit sebab sudah lama juga Hari Sukan Negara tidak dapat disambut beramai-ramai.

“Kami daripada pihak Gardenia Bakeries mengambil peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara dengan anda semua,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, Gardenia Breakthru memandang serius tentang penjagaan kesihatan dan menjadi misi kami untuk mengetengahkan gaya hidup sihat yang merangkumi budaya pemakanan seimbang dan juga penjagaan kesihatan fizikal.

Beliau berkata, menerusi penjagaan pemakanan dan kesihatan fizikal, kesihatan mental juga akan turut terjaga.

Mengulas lanjut, katanya, memandangkan sambutan Gardenia Breakthru Fun Walk tahun ini di luar jangkaan, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk merancang lebih banyak lagi acara pada Hari Sukan Negara pada tahun-tahun akan datang.

Katanya, ia selaras dengan usaha Gardenia Breakthru dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat ke arah negara yang lebih baik.

Sementara itu, Azhari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pelbagai acara sukan sempena Hari Sukan Negara kali ini selepas beberapa tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik Covid-19.

“Sejak kita dibolehkan untuk mengadakan aktiviti sihat di luar, sokongan berterusan yang kami perolehi daripada rakyat Malaysia amat memberangsangkan.

“Usaha dan semangat itulah yang mengeratkan semua rakyat Malaysia. Keluarga Malaysia telah bersatu untuk berusaha ke arah negara yang lebih sihat,” katanya.

Acara fun walk sepanjang dua kilometer itu bermula pada jam 8:30 pagi dengan dirasmikan oleh Mohd Azhari yang diiringi oleh Azizulhasni dan Ena.

Selain dapat menyertai acara larian itu, setiap peserta juga berpeluang membawa pulang Roti Gardenia Breakthru secara percuma di garisan penamat selain jersi Gardenia Breakthru Fun walk dan beg khas Gardenia Breakthru.

Keseronokan itu tidak berakhir di situ apabila sesi cabutan bertuah turut disertakan dalam agenda di mana peserta berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya jam tangan Garmin Venu SQ, Air Fryer, sepasang tikar yoga dan sepuluh set beg saguhati ekslusif daripada Gardenia Breakthru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here