Tunggu keputusan parti – Rina

0
38
Antara penerima bantuan pada Program Jalinan Mesra Deepavali Prihatin Rakyat di SJK Cina Dengkil, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE/MIM FADLIZAL ROZAIMAN

SEPANG – Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun masih belum mengesahkan di mana beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau bagaimanapun berkata, daerah Sepang amat dekat di hati kerana merupakan tempat kelahiran ibunya dan di mana kaum keluarganya menetap.

Rina bersama salah seorang penerima bantuan barangan keperluan asas pada Program Jalinan Mesra Deepavali Prihatin Rakyat di SJK Cina Dengkil, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE/MIM FADLIZAL ROZAIMAN

“Sama ada suka atau tidak, kita suka semua tempat cuma di Sepang tempat kelahiran ibu saya, ramai daripada ahli keluarga saya berada di sini, dari segi politik saya mula menceburkan diri di Sepang juga.

“Di mana-mana sahaja bertanding, biarlah keputusan itu diputuskan kepimpinan parti,” kata Rina.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Program Jalinan Mesra Deepavali Prihatin Rakyat di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) , di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 500 orang daripada keluarga masyarakat India kategori B40 menerima bantuan berupa barangan asas dapur sempena Deepavali yang akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here