Twitter kini milik penuh Elon Musk

0
6
Elon Musk kini menjadi pemilik aplikasi Twitter.

CYBERJAYA – Selepas beberapa kali memberi bayangan untuk memiliki Twitter, manusia paling kaya di dunia, Elon Musk akhirnya membeli aplikasi rangkaian sosial popular itu.

Pemilikan penuh aplikasi yang diasaskan oleh Jack Dorsey dan Noah Glass pada 2006 itu dibeli pada nilai RM191 bilion (USD44 bilion).

Media luar melaporkan pembelian itu disandarkan pendirian Musk yang berpendapat bahawa platform yang mempunyai 229 juta pengguna itu tidak memenuhi potensi untuk ‘kebebasan bersuara’.

Dengan pemilikan itu, Musk menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal dengan bayaran USD42 juta.

Pada April tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu membeli 9.1 peratus saham Twitter yang menyaksikan saham aplikasi itu melonjak sehingga 27 peratus.

Musk juga sebelum ini ditawarkan jawatan lembaga pengarah bagi mengelakkan beliau memiliki lebih daripada 14.9 peratus saham syarikat, namun beliau menolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here