UMNO cadang PRU-15 diadakan sebelum pertengahan November 

0
12
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – UMNO berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15.

“UMNO menghormati titah Tuanku bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

“Oleh itu, UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15.

“UMNO berpendapat PRU-15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UMNO juga telah berbincang beberapa perkara mengenai gerak kerja dan persiapan jentera menghadapi PRU-15 setelah Parlimen dengan rasminya dibubarkan.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut selepas ditanya oleh pemberita mengenai butiran persiapan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here