UMNO gerak solo, keputusan Pas sudah dijangka

0
15
AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR – UMNO sudah menjangkakan keputusan parti Pas untuk kekal bersama Perikatan Nasioanl (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan (Pas) ini, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pas menyatakan pendirian mereka memperkukuhkan kerjasama dengan PN yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi PRU15.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Selain itu, Hadi turut berkata bahawa Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here