UMNO kekal calonkan Ismail Sabri sebagai calon PM – Zahid Hamidi

0
7
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK – UMNO kekal dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang dibuat itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun katanya, kuasa melantik Perdana Menteri masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi jika ada parti pembangkang yang menamakan orang lain daripada Ismail Sabri itu adalah usaha untuk mereka memecahkan UMNO dan BN jadi itu saya tidak hormati pendirian itu.

“Kita hormati kuasa mutlak yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ahmad Zahid berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pemimpin pembangkang bahawa beliau akan diangkat sebagai perdana menteri jika BN memenangi PRU15.

Beberapa UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan pada semalam dan hari ini turut mengemukakan usul agar Ismail Sabri dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika BN menang pada PRU15.

Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri pada PRU15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here