Wanita rentung, kereta dinaiki terlibat kemalangan sebelum terbakar

0
70
Orang ramai menenangkan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah selatan, Sedenak.

KULAI – Seorang wanita rentung selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah selatan, Sedenak di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.47 malam semalam, mangsa yang di tempat duduk penumpang hadapan tersepit sementara pemandu iaitu suami mangsa berjaya keluar dari kereta.

Komander Operasi, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor menerusi kenyataan memaklumkan, kereta dinaiki mangsa terbakar 90 peratus manakala lori terbakar 70 peratus.

Dua lelaki dalam lori dan pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat kemalangan selamat dan tidak cedera.

Operasi melibatkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan BBP Kulai serta tiga jentera.

Maklumat mangsa yang terlibat sedang diperoleh pihak berkuasa.

Terdahulu tular sebuah video seorang lelaki yang juga mangsa kemalangan itu meraung sambil memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan terbakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here