YADIM sedia gerakkan 10,000 sukarelawan hadapi situasi banjir

0
9
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia menggerakkan seramai 10,000 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) di seluruh negara bagi membantu menangani situasi banjir yang dijangka melanda pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, semua pejabat YADIM di seluruh negara juga telah diminta supaya sentiasa berjaga-jaga dan segera bertindak bersama para sukarelawan bagi menghadapi bencana tersebut.

“SAY telah terlibat dalam pelbagai program membantu masyarakat sebelum ini khususnya ketika musibah banjir dengan penyediaan dapur rakyat, penyaluran sumbangan dan khidmat pemulihan tempat kediaman serta fasiliti awam.

“SAY diseluruh negara sentiasa bersedia untuk turun padang sekiranya diperlukan,” kata Tuan Kamarul Arief dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Orang ramai yang ingin menyumbang menerusi Tabung Infaq YADIM boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web dan laman media sosial YADIM.

“Di tengah kekalutan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), persiapan menghadapi banjir seharusnya tidak dilupakan oleh setiap pihak berkewajipan supaya keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“YADIM turut menyeru seluruh warga negara Malaysia yang layak mengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi memastikan negara dipimpin oleh kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan stabil demi masa depan Malaysia yang dicintai,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here