Yayasan Foodbank, Plaza Sungei Wang lancar bank makanan bantu kanak-kanak tidak bernasib baik

0
30

CYBERJAYA – Yayasan Food Bank Malaysia bersama Plaza Sungei Wang baru-baru ini melancarkan inisiatif bank makanan Chest of Hope bagi membantu golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Program yang berlangsung mulai sekarang akan tamat pada Disember 2022.

Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid berkata, objektif kerjasama ini adalah bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik mengurangkan perbelanjaan harian mereka dan mendapatkan bekalan makanan.

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak Plaza Sungai Wang mengurangkan sisa bahan makanan dan membantu mereka yang kelaparan,” kata Johan dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pengurusan Plaza Sungei Wang, Ng Yih Chen pula berkata, kerjasama ini sudah tentu dapat menggembirakan kanak-kanak daripada keluarga yang kurang bernasib baik untuk merasai kegembiraan terutamanya dalam musim perayaan Hari Krismas yang akan tiba Disember nanti.

Pusat pengumpulan bank makanan Chest of Hope yang terletak di tingkat Concourse pusat beli belah berkenaan menerima sumbangan berbentuk makanan dalam tin, makanan ringan, barangan penjagaan diridan keperluan harian.

Barangan yang disumbang orang ramai akan disalurkan ke pusat perlindungan kanak-kanak menerusi Yayasan Foodbank Malaysia.

Pada masa yang sama, satu crowdfunding turut diadakan sepanjang November hingga Disember 2022 bagi mengumpul dana bertujuan membantu rumah anak yatim.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh mengimbas kod QR yang diletakkan di sekeliling tingkat Plaza Sungei Wang dan di akaun media sosial pusat beli belah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here