1,386 pengundi awal laksanakan tanggungjawab di Putrajaya

0
9
Anggota Polis menunggu giliran membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malakat Tribune di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,386 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Anggota Tentera Malaysia (ATM) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) melaksanakan pembuangan undi awal mereka, di sini hari ini.

Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, seramai 746 anggota pelbagai pangkat akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Baki lagi 640 pengundi awal, yang terdiri daripada anggota ATM pula mengundi di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Penolong Pesuruhjaya (ACP) A. Asmadi Abdul Aziz ketika sesi sidang media di undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, proses undi awal di dua pusat mengundi tersebut berjalan lancar.

“Kerjasama semua pihak dapat melicinkan perjalanan undi awal hari ini. Pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) turut menyediakan khemah sekiranya terdapat pesakit Covid-19 dan mereka juga tidak dihalang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Apa yang penting kita pastikan semua SOP (prosedur operasi standard) sebab kita ada hari pengundian pada 19 Nov ini,” katanya kepada pemberita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here