33 laporan berhubung penggunaan MyKad digunakan orang lain di Pulau Pinang

0
22

GEORGETOWN – Sebanyak 33 laporan berhubung insiden nama dan kad pengenalan (MyKad) digunakan oleh orang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diterima di Pulau Pinang setakat Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesalahan itu merupakan antara 76 laporan yang diterima pihaknya dalam tempoh 5 hingga 19 Nov lalu atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 28 kertas siasatan dibuka membabitkan kes nama dan MyKad namun tiada sebarang tangkapan setakat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menyamar sebagai pengundi sebenar yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda sehingga RM5,000,” katanya, hari ini.

Tambahnya, sebanyak 43 kertas diasatan telah dibuka dan empat kes berjaya diselesaikan apabila empat suspek telah dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terbabit.

“Kita turut menerima satu laporan berhubung satu video ceramah pemimpin parti politik yang menyentuh sensitiviti agama yang tular di media sosial.

“Video itu turut menerima laporan daripada kontinjen lain termasuklah tiga di Kuala Lumpur, dua di Perak serta masing-masing satu di Pahang, Kelantan dan Sabah,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here