4 ADUN DAP antara 10 Exco Perak yang angkat sumpah hari ini

0
464
Senarai Exco baharu Perak

KUALA KANGSAR – Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) termasuk empat daripada DAP mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerajaan negeri Perak hari ini.

Empat ADUN DAP itu ialah A. Sivanesan (Sungkai), Teh Kok Lim (Aulong), Loh Sze Yee (Jalong), Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).

Exco lain PH ialah Sandrea Ng (Teja) dan Mohd. Azlan Helmi (Tualang Sekah) daripada PKR manakala Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat) daripada Amanah.

Manakala tiga wakil Barisan Nasional (BN) daripada UMNO membarisi Exco kerajaan negeri Perak iaitu Datuk Mohd. Zolkafly Harun (Lintang), Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan itu Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini sebentar tadi.

Istiadat pelantikan itu berlangsung di Balai Istiadat Kecil di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini.

Berangkat sama dalam istiadat itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here