6 terbunuh, 38 lagi cedera serangan bom di Istanbul

0
54

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala 38 lagi tercedera dalam insiden letupan bom di Dataran Taksim, Istanbul sebentar tadi.

Laporan agensi antarabangsa menyebut, letupan tersebut berlaku pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) ketika kawasan tersebut dipenuhi pengunjung.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdo─čan berkata, dapatan awal mendapati pengeboman itu mempunyai kaitan dengan pengganas.

“Siasatan awal mendapati, ia ada kaitan dengan pengganas.

“Kita masih jalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here