Agong isytihar Anwar sebagai PM ke-10

0
86
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Selepas enam hari berteka teki, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu selepas baginda mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar [email protected] Ahit ibune Parlimen P.063. Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di Istana Negara,” kata Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here